Sunday, July 24, 2005

ada apa dengan sejarah?

"Sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari dari sejarah yang boleh kita gunakan untuk mencari idea baru."
"Sebagai contoh, semasa tentera Nazi pimpinan Adolf Hitler menyerang Leningrad di Russia, Pemimpin Komunis, Josef Stalin menggunakan ilmu yang dia pelajari dari Czar Russia waktu Napoleon menyerang negara itu di zaman Czar memerintah."
"Czar telah membakar ladang-ladang gandum dan gudang-gudang makanan di seluruh ibu kota yang sekarang bernama Leningrad, sehingga tentera Napoleon semuanya mati kebuluran."
"Sebenarnya, Czar juga tidak pandai, tetapi membaca sejarah. Czar mendapati 200 tahun sebelum Nabi Isa, Hannibal dari Gaul telah merancang untuk menyerang Rom."
"Pada waktu itu, Fabius menjadi Maharaja Rom. Waktu Hannibal membuat persiapan untuk berperang, Fabius tidak mempedulikannya. Tetapi apabila tentera Hannibal sampai ke Switzerland, Fabius telah menghantar tentera ke sana untuk membakar ladang gandum dan gudang makanan."
"Hannibal berundur dan tidak jadik menyerang Rom. Jika ini kita lihat, nampaknya Fabius cukup pintar orangnya. Tetapi Fabius di Rom di gelar Fabius the Fool kerana terkenal dengan kebodohannya."
"Tanpa pelajaran dari sejarah, Rom pasti ditawan oleh Hannibal. Dan jika Czar tidak belajar dari sejarah, Napoleon sudah tentu mengalahkan Russia atau Hitler sudah berjaya menawannya."
- Sanusi Junid, Tuntutan Perjuangan Bangsa