Saturday, July 30, 2005

ada apa dengan pegawai?

"Sahibulhikayat, maka semua mereka yang bekerja dengan Kerajaan adalah pegawai. Hatta, maka para pegawai ini hendaklah mengambil ingat bahawa perkataan pegawai itu sebenarnya berasal dari perkataan gawai dalam bahasa Jawa. Gawai ertinya tugas atau kerja. Jadi seorang pegawai hanyalah seorang petugas atau seorang pekerja. Tidak lebih dari itu"
-T.S. Lanang, Dewan Masyarakat, 15 Mei 1981