Saturday, June 18, 2005

ada apa dengan tabung haji?

Tabung Haji Rapped Over Accounts - The Sun 18 October 2001

Kenyataan TH Tidak Tahu Memalukan, Husam - Harakahdaily 23 Januari 2004

Malaysian Fund For Pilgrims Undergoes Scrutiny - AWSJ 3 December 2004

Tatkala masyarakat keturunan Cina sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan tahun monyet dan bersedia untuk mengucapkan "sayonara" kepada tahun ular - tahun yang dipercayai penuh dengan ketidakpastian, ketidaktentuan dan penuh dengan tipu muslihat, rakyat Malaysia yang beragama Islam pula digemparkan dengan pendedahan berani seorang politikus muda merangkap "Malaysiakini Newsmaker of the Year" Yang Berhormat Saudara Husam Musa yang telah sekali lagi berjaya membongkar tentang kepincangan, kebobrokan dan kelemahan sistem urus tadbir korporat di dalam sebuah organisasi yang diamanahkan untuk menerima, mengurus dan melabur wang simpanan kira-kira 4.6 juta bakal-bakal (serta bekas) Haji dan Hajjah di negara kita ini.

Pendedahan sensasi beliau bahawa Lembaga Urusan dan Tabung Haji mempunyai pegangan secara langsung sebanyak 4 juta saham atau 1.5 peratus di dalam syarikat korporat Country Heights Holdings Berhad (CHHB) dan melalui pegangan ini maka secara automatiknya memungkinkan Tabung Haji menjadi salah seorang pemegang saham di dalam syarikat yang berasaskan perjudian yakni - Pan Malaysian Sweeps, merupakan satu tamparan yang hebat kepada pihak pengurusan kanan Lembaga Urusan dan Tabung Haji yang telah berusaha secara keras beberapa tahun kebelakangan ini untuk merombak imej organisasi tersebut yang telah dicemari dengan pelbagai skandal dan kisah-kisah yang kurang enak yang melanda badan ini sejak akhir-akhir ini.

Walaupun Tabung Haji bertindak pantas dengan mengeluarkan kenyataan akhbar keesokkan harinya dengan menafikan sama sekali penerimaan sebarang dividen CHHB serta memperincikan sebab musabab mengapa tindakan mereka ini tidak menyalahi peraturan yang telah digariskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, pelbagai tanda tanya dan persoalan masih lagi berlegar di benak 4.6 juta pencarum-pencarum Tabung Haji tentang bagaimana sebuah badan yang ditanggungjawabkan untuk membuat pelaburan di dalam perniagaan yang berlandaskan hukum syarak tetapi pada masa yang sama masih boleh membiarkan kredibiti badan ini terjejas hanya dengan terjebak di dalam kemelut seperti ini.

Sejarah asal kelahiran Tabung Haji (atau nama asalnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji) bermula pada tahun ditubuhkan 1962 apabila kerajaan memberi lampu hijau kewujudan badan ini hasil daripada cetusan idea kertas kerja karangan Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959. Tujuan utama penubuhan badan ini adalah untuk membantu bakal-bakal haji untuk menyimpan wang sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram sebagai bekalan perbelanjaan ke tanah suci kelak. Sebelum penubuhan Tabung Haji berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Sejak penubuhannya dan sehingga kini para pencarum telah mengamanahkan deposit sejumlah RM 10.6 billion kepada Tabung Haji. Daripada jumlah ini, setakat bulan Jun 12, 2003, RM 2.5 billion telah dilaburkan di dalam kaunter-kaunter yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti di Bursa Saham Kuala Lumpur. Antara kaunter saham yang dilabur oleh Tabung Haji adalah beberapa kaunter "blue chip" seperti Maxis Communications Berhad, BIMB Holdings Berhad, Nestle (M) Berhad dan Guthrie Ropel Berhad, sekadar menyebut beberapa nama.

Selain daripada melabur di dalam pasaran saham, Tabung Haji juga mempunyai rangkaian beberapa anak syarikat yang melibatkan diri di dalam perniagaan yang berasaskan hartanah (TH Properties Sdn Bhd),perladangan (TH Plantations Sdn Bhd), pembinaan (TH Technologies Sdn Bhd) dan pelancongan (TH Travel and Services Sdn Bhd).

Secara umumnya prestasi pelaburan Tabung Haji bolehlah dikatakan amat memberansangkan terutama ketika negara berada di zaman kegemilangan ekonomi sepanjang tahun 1990an. Tabung Haji pada ketika itu tidak pernah gagal dalam tanggungjawabnya untuk mengisytiharkan dividen tidak kurang daripada 8 peratus setahun. Namun apabila negara dilanda krisis kewangan pada tahun 1997 dan sepertimana yang dijangkakan prestasi Tabung Haji jatuh merudum.

Jumlah dividen yang diumumkan tidak seberapa jika dibandingkan dengan zaman kegemilangannya dulu. Pada tahun 2001, dividen yang diberi kepada para pencarum adalah sebanyak 3.25 peratus, 2002 (3.50 peratus) dan meningkat sedikit kepada 4.0 peratus pada tahun 2003. Jumlah ini amat kecil jika dibandingkan dengan dividen yang diterima oleh pelabur-pelabur ASB pada tahun 2002 dan 2003 iaitu 6.6 peratus dan 7.25 peratus, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 10.0 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 4.25 peratus.

Di samping pemberian jumlah dividen yang kurang memberangsangkan ini, sejak negara dilanda kegawatan ekonomi pada thaun 1997 imej Tabung Haji juga semakin tergugat. Para pencarum mula digemparkan dengan beberapa berita yang boleh mengugat kepercayaan para pencarum ke atas pihak pengurusan Tabung Haji.

Antaranya pelaburan berjumlah RM 200 juta di dalam pasaran matawang serta kerugian sebanyak RM 80 juta akibat pelaburan ini, kehilangan RM 8 juta akibat pengeluaran wang daripada akaun pencarum melalui cara haram, pegangan saham di dalam syarikat yang mencetak kitab Injil, laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2000 yang mempersoalkan keputusan Lembaga Pengarah Tabung Haji Perak mengisytiharkan keuntungan yang belum dicapai ("unrealised profits") berjumlah RM 151 juta sebagai pendapatan untuk membolehkan Tabung Haji mengumumkan dividen sebanyak 8 peratus pada tahun 1999 dan yang terbaru sepertimana yang dilaporkan oleh Malay Mail dalam edisinya pada 5 Oktober 2003 mengenai penglibatan sebuah anak syarikat milik Tabung Haji di dalam penipuan tender dipercayai berjumlah RM 20 juta untuk kontrak pembekalan dan pemasangan peralatan saintifik bagi kolej matrikulasi di Johor, Kedah, Pahang dan Selangor. Rentetan daripada peristiwa-peristiwa ini maka tidak hairanlah jika masyarakat mula memandang serong dan mula mempersoalkan kredibiliti Tabung Haji.

Tindakan segera untuk mengatasi permasalahan ini ialah dengan melantik golongan professional untuk menerajui Tabung Haji dengan harapan suntikan darah baru dapat membawa Tabung Haji ke era yang lebih gemilang. Namun demikian sehingga kini masih belum terdapat tanda-tanda bahawa ia dapat dilakukan. Pendededahan Husam telah mencalar dan mengguris kredibiliti serta imej baru yang sedang dibina ini.

Pelaburan Tabung Haji di dalam syarikat Country Heights Holdings Bhd seolah-olah telah menenggelamkan prestasi baik yang dicatat oleh Tabung Haji buat tahun 2003.

Seperti yang diwar-warkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin di sidang akhbar pada 20 Januari yang lalu keuntungan bersih Tabung Haji meningkat 18 peratus dari RM 357 juta kepada RM 420 juta. Ini setelah ditolak kos operasi dan susutnilai yang masing-masing bernilai RM 178.1 juta dan RM 76.4 juta.

Menurut Hamid lagi, jumlah pendapatan kasar sebelum ditolak kos operasi dan susut nilai adalah sebanyak RM 680.5 juta di mana RM 199.5 million datang melalui dividen portfolio pelaburannya, keuntungan di pasaran saham (RM 131.8 juta), pelaburan dalam instrumen berasakan syariah (RM 221.5 juta), pendapatan sewa hartanah (RM 39.9 juta), jualan hartanah dan asset (RM 38.6 juta), pasaran mata wang (RM 28.4 juta) and lain-lain pendapatan (RM 28.8 juta).

Sebanyak RM 412 juta akan dibelanjakan untuk membayar dividen kepada para pencarum dan ini merupakan tahun ketiga berturut-turut di mana Tabung Haji tidak akan menyentuh rizabnya untuk membiayai pembayaran dividen sekaligus mencerminkan prestasi yang membanggakan.

Berdasarkan angka-angka di atas mungkin tidak sukar untuk seorang "layman" membuat pengiraan untuk membandingkan prestasi Tabung Haji dengan beberapa syarikat yang lain. Jika prestasi ini diukur melalui kaedah pengiraan nisbah keuntungan di atas pendapatan yakni "return on revenue" (kaedah sama yang digunakan oleh majalah antarabangsa Fortune untuk menilai prestasi 500 syarikat yang terbesar di dunia) nisbah "return on revenue" pelaburan Tabung Haji adalah berjumlah 61.7 peratus - satu jumlah yang dipercayai antara yang tertinggi di dunia. Sebagai perbandingan "return on revenue" untuk syarikat komputer terkemuka Microsoft hanya 31.0 peratus, Shell (5.2 peratus), General Motors (0.1 peratus) dan PETRONAS (21.7 peratus). Jika berdasarkan kaedah ini mungkin tidak salah jika kita rumuskan bahawa prestasi Tabung Haji adalah lebih unggul daripada PETRONAS, syarikat minyak gergasi multinasional Malaysia.

Jika prestasi Tabung Haji begitu cemerlang sekali mengapa dividen yang diumumkan hanya sekitar 4 peratus sahaja pada tahun ini sedangkan pada masa yang sama keuntungannya melonjak kepada 18 peratus? Ini ditambah pula oleh prestasi cemerlang BSKL yang meningkat 20 peratus sepanjang tahun 2003, nilai minyak sawit mentah mencecah paras tertinggi pada harga RM 1,750 setong (paras tertinggi semenjak 24 bulan yang lepas), RM 46 juta keuntungan segera yang diraih hasil pelupusan 135 juta saham Celcom kepada Telekom Malaysia Bhd pada Julai 2004 serta keuntungan atas kertas yang berjumlah hampir RM 180 juta setakat ini hasil daripad pegangan saham di dalam Maxis Communications Bhd?

Jadi jika prestasi pelaburan serta faktor-faktor luaran begitu cemerlang mengapa pula dividen yang diberi kepada pencarum begitu rendah?

Mungkin Tabung Haji mempunyai sebab tersendiri dalam perkara ini. Mungkinkah sebab ini sama dengan sebab mengapa Tabung Haji mengambil keputusan untuk terus-terusan mengekalkan pegangan saham di dalam Country Heights Holdings Bhd (CHHB) walaupun telah difatwakan lewat Oktober 2003 bahawa ia bukan kaunter halal lagi?

Sampai bila Tabung Haji mahu berlindung disebalik "kain" Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti untuk terus mengekalkan pegangan CHHB dengan alasan menunggu waktu dan ketika yang sesuai sehingga harga meningkat di paras kos belian sedangkan terang-terangan pegangannya di dalam CHHB bertentangan dengan hukum syarak? Tidakkah Tabung Haji berasa ia mempunyai sedikit tanggungjawab sosial melupuskan pegangan ini walaupun terpaksa mengalami sedikit kerugian dengan harapan tindakan ini dapat mengembalikan kepercayaan pencarum dan membersihkan imejnya yang sudah kusut masam ini?

Apa yang pasti, hanya Tabung Haji yang boleh memberi segala jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Walau apapun jawapannya, harapan 4.6 juta pencarum ialah agar Tabung Haji akan melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya dengan melabur dalam perniagaan yang sah dan halal di sisi syarak.

Akhirkata dan untuk mengambil sempena Tahun Baru Cina yang baru dirayakan baru-baru ini, marilah kita bersama-sama merenung kata-kata filasuf terkenal Cina - Confucius yang diutarakannya kira-kira 2,500 tahun yang lepas; "The attainment of wealth and honor through the violation of yi (righteousness) is as remote from me as clouds floating the sky."

Diharap Tabung Haji akan mengambil iktibar dari kata-kata hikmat ini.

Saturday, June 11, 2005

ada apa dengan datuk bandar?

Power Of The KL Mayor Under His Ministry, Says Isa - Bernama 8 June 2005

KL Mayor Should Have Appropriate Power, Says PM - Bernama 9 June 2005

Mayor Needs Adequate Power To Manage World Class City, Says Ruslin - Bernama 8 June 2005

Kuasa Datuk Bandar : Tidak boleh ada dua nakhoda dalam satu kapal, Norza - Agendadaily 10 Jun 2005

UMNO - Mayor row heats up - The Star 10 June 2005

Why the sudden brouhaha over the powers of the KL Mayor?

Well, read further.

DBKL is akin to a public listed company.

Like a company it collects revenue to pay its staff, maintains its roads and infrastructure as well as bankroll new infrastructure projects for its residents. The concept is the same as any other PLCs. That is to keep their biggest shareholders - in this instance, residents of KL - happy. And they have to do this by tapping their resources efficiently and effectively.

And this is where it gets interesting.

DBKL being effectively the municipal council of Kuala Lumpur is by far the largest among the 144 councils in country in terms of finances.

In 2004, DBKL collected RM2.08 billion and spend RM2.07 billion. The RM2.07 Billion expenditure comprised of RM1.17 billion on development expenditure and RM900 on admin and operating expenditure.

If compared to the other municipal councils in Selangor, DBKL is by far much bigger.

Its revenue is more than 1.5 times than MPPJ, MPSJ, MBSA and MPK combined while its total spending is 3.1 times more than theirs.

Some of the most lucrative projects in the country are under DBKL’s care.

This include the upgrading and construction of new roads, interchanges and elevated highways (Jalan Cheras and Jalan Ampang/Jelatek) whict cost around RM398 million. In addition, DBKL is also the agency in charged in the implemention of the Klang Valley Integrated Transport Project - which will include the building of pedestrian, sidewalks and special bus lane etc costing some RM147 million.

Now let us fit all of these into the current context.

We know that the economy is not in a good shape.

Basically, the boom days are over.

And those who were hardest hit are the local contractors, big and small.

While the bigger players are already plying their trade overseas – in India, the Middle East, Indonesia, the smaller contractors, those under the F Category are stuck at the bottom of the barrel. Almost 40,000 of them are sitting idle.

While may ecnomics may or may not be the prime motivator behind FT UMNO's move, perhaps what has appeared in the papers in the past one week could provide some clues behind this brouhaha.
This interesting piece appeared in Agendadaily:

“Pokoknya kita hari ini ingin melihat proses penyelerasan…kita tak boleh ada dua nakhoda dalam satu kapal.Kita mahu keberkesanan antara pentabiran Datuk Bandar dan kepimpinan Kementerian Wilayah Persekutuan itu dimantapkan lagi…akhirnya yang mendapat keuntungan ialah masyarakat wargakota kuala Lumpur itu sendiri,”.

And another as reported by The Star:

Two months ago, Kuala Lumpur City Hall (DBKL) officers seized a makeshift cabin from an Umno branch in Wangsamaju that was being used as a meeting place.


This was done without any prior notice and in such a rude manner that the officers purportedly pijak-pijak (stomped on) Umno banners without any regard for the loss of face and embarrassment they were causing to leaders there.

“That was the straw that broke the camel’s back,” said FT Umno Youth chief Datuk Mohamad Norza Zakaria

Malay Mail in its 8 June 2005 gave a very interesting insights.

“It is about tenders and contracts as City Hall is given an annual budget of more than a billion ringgit, and not about wresting the Mayor’s power".

“Everybody wants a slice of the cake through development projects like billboard, wholesalers and hawkers’ licences".

“They also want tenders for other work including cleaning of bus stops, even if they do a shoddy job after being awarded the tenders".

“Due to the big allocation to City Hall, there is always pressure and recommendations from politicians to be awarded tenders and contracts".

Some things never change in Malaysia.