Tuesday, December 06, 2005

ada apa dengan penjajahan?

Dalam pentadbiran tidak ada jawatan yang penting yang diberi oleh penjajah kepada orang tempatan. Dalam bidang profesional seperti perubatan dan kejuruteraan penduduk tempatan hanya dibenar menjadi pembantu dengan gelaran Assistant Medical Officer dan Technical Assistant.

Sekuriti dalam negeri dikendalikan oleh pegawai British dengan mengguna sepalu, iaitu orang-orang Sikh yang dibawa dari India. Mata-mata Melayu tidak dibenar menembak meriam. Ini adalah tugas seperti Sikh.

Dan bermacam-macam lagi yang dilakukan oleh penjajah yang mencerminkan ketidakkepercayaan mereka terhadap orang Melayu, kurang yakinnya mereka akan kebolehan orang Melayu. Namun tidak ada protes dari orang Melayu, jauh sekali pemberontakan oleh mereka.

Yang jelas ialah orang Melayu sendiri percaya mereka memang tidak layak, tidak berkebolehan. Mereka percaya hanya orang Eropah sahaja yang mampu mentabdir negeri mereka, menentukan pertahanan negeri mereka, menetapkan dasar luar negeri mereka.

Demikianlah kepercayaan mereka kepada orang Eropah sehingga perjanjian yang dibuat dengan Inggeris menyebut bahawa perlindungan kepada negeri-negeri Melayu berkekalan selagi ada matahari, bukan dari bintang di langit.
- Tun Dr Mahathir bin Mohamad, UTM Skudai, 4 Disember 2003